Sharlinie Mohd NasharSharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.

Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berkaitan kes Sharlinie ini boleh menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau bapa Sharlinie, Mohd Nashar 016-270 9096 / 016-258 3450 atau Balai Polis Daerah Petaling 03-7966 2222 atau Polis 999. Baca seterusnya…