Waktu ketika itu pukul 12:30 tengahari. Sabri tergerak untuk singgah ke satu pusat permainan video di deretan rumah kedai berhampiran dua buah sekolah, satu sekolah rendah dan satu lagi sekolah menengah.Bila melangkah masuk ke dalam pusat tersebut, dia nampak ada beberapa murid yang masih beruniform sedang seronok bermain permainan video.

"Kenapa awak benarkan budak-budak beruniform tu masuk ? Awak yang letak papan kenyataan tu dan sepatutnya melarang budak-budak tu masuk sini", tanya Sabri kepada tuanpunya pusat tersebut tetapi dia hanya membisu tanpa memberi sebarang reaksi.

Walaupun begitu hatinya berdetik, "Aku peduli apa, lagi ramai yang masuk kat sini lagi bagus business aku".

Sabri bergerak menghampiri salah seorang murid yang ….. baca seterusnya di Nukilan Jejari Azhad