Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya menyaksikan seorang pemuda berusia 23 tahun dari Perak dinobatkan sebagai Juara Akademik al-Quran musim kedua. Saudara Anuar Hasin telah berjaya mengenepikan cabaran 5 lagi peserta yang bersaing bersama-sama beliau di peringkat akhir ini …. baca seterusnya

Seramai enam orang peserta telah berjaya melangkah ke peringkat akhir Akademi Al-Quran musim 2 yang disiarkan setiap hari Khamis di saluran TV9. Pemilihan 6 orang peserta ini dibuat dari 9 orang peserta di peringkat separuh akhir. Pada peringkat awal seramai 16 orang peserta berbanding 12 orang telah terpilih untuk menyertai Akademi Al-Quran musim kedua ini …. baca seterusnya.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah peperiksaan yang akan dihadapi oleh para pelajar dalam enam bulan terakhir 2007 ini …. baca seterusnya.

Pada hari Ahad kedua pada bulan Jun di beberapa buah negara di dunia termasuk Malaysia sambutan Hari Bapa akan diadakan. Walaupun begitu Hari Bapa tidaklah semeriah sambutan Hari Ibu yang diraikan pada bulan Mei …. baca seterusnya.

Cuti sekolah selama dua minggu akan berakhir hari ini. Para pelajar yang menuntut ilmu di sekolah berasrama telah pun mula kembali ke sekolah masing-masing kerana biasanya mereka perlu berada di sekolah selewat-lewatnya pada pukul 6.00 petang. Sementara para pelajar yang langsung tidak membuka buku pelajaran sepanjang cuti ini sudah pasti sibuk memeriksa beg masing-masing jika ada kerja sekolah yang perlu disiapkan …. baca seterusnya.

Seramai 16 orang peserta telah dipilih untuk menyertai Akademi Al-Quran musim ke 2 ini. Mereka ini akan bersaing untuk merebut 6 tempat di peringkat akhir nanti. Rancangan ini disiarkan di saluran TV9 pada setiap hari Khamis pukul 9.30 malam bermula pada 24 Mei 2007 yang lalu …. baca seterusnya.

40 orang ahli perniagaan terkaya di Malaysia telah disenaraikan oleh majalah Forbes Asia baru-baru ini. Jumlah keseluruhan harta mereka diagarkan bernilai  USD 26 billion, Robert Kuok menerajui senarai ini dengan harta bernilai USD 5.6 billion …. baca seterusnya.

DYMM Tunku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah selamat ditabalkan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 13. Majlis yang diadakan di Balairong Seri, Istana Negara telah berlangsung semalam 26 April 2007 dengan penuh adat istiadat Melayu …. baca seterusnya.

Projek ini ini adalah usaha untuk bertukar-tukar Technorati Favorites di kalangan blogger yang mengambil bahagian dengan harapan untuk menebusi senarai Technoriti Top 100 dan meningkatkan jumlah pengunjung blog dan PageRank …. baca seterusnya.

Datin Paduka Sharifah Mazlina Syaed Abdul Kadir telah berjaya sampai ke di paksi bumi iaitu bahagian bumi paling utara pada 17 April 2007 pukul 2.25 petang di sana bersamaan dengan pukul 8.25 malam waktu di Malaysia …. baca seterusnya.